Hari ini 15 Feb bersamaan hari Maulidul Rasul 2011,Pas Kawasan Rompin bersama pasukan Unit Amal Rompin telah mengadakan program membaiki rumah di Kg.Rekoh.
Kerja membaiki bumbung rumah seorang ibu tunggal tersebut bermula sekitar jam 9 pagi.Hampir seluruh bumbung rumah tersebut telah reput dan pihak kami dapat memperbaikinya.Kerja-kerja itu siap sepenuhnya sekitar jam 1 tengahari.Walaupun hujan turun selama 15 minit pada jam 11.30 pagi namun kerja-kerja pemulihan tetap di teruskan di dalam hujan tersebut.
Bahan mentah untuk memperbaiki tersebut adalah hasil dari sumbangan derma orang ramai yang diterima oleh pihak Majlis Tindakan Dun Ibam.Seminggu sebelum ini,kampung tersebut dilanda banjir dan rumah tersebut turut di tenggelami banjir.
Program tersebut turut di hadiri oleh Yang Dipertua Pas Kawasan Rompin,Ust.Sukri,Su Kawasan,Ketua Pemuda Kawasan Rompin,beberapa pimpinan Pas Kawasan dan Pemuda serta ahli-ahli Pas dari MTD Bukit Ibam.
Gotong-royong di Kg.Rekoh sempena Maulidul Rasul 2011
Posted by
pasrompin
Tuesday, February 15, 2011
0 Responses to Gotong-royong di Kg.Rekoh sempena Maulidul Rasul 2011