Content feed Comments Feed

UMNO berpolitik di sekolah?

Posted by pasrompin Friday, March 5, 2010

Rompin 4 Mac – Mesyuarat Agung Persatuan Ibu-Bapa dan Guru ( PIBG ) di sebuah sekolah di sini menjadi medan umno untuk menyebarkan fahaman politik mereka. Mesyuarat Agung yang di adakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Keratong 10 itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Bahagian UMNO Rompin dan bukanlah oleh ADUN atau wakil dari Pejabat Pendidikan seperti kebiasaan.

Lebih menarik lagi dalam ucapan alu-aluan sebelum perasmian seorang pimpinan persatuan mengalu-alukan kehadiran Dato’ Hassan bin Ariffin dengan mendoakan agar Dato’ Hassan menang mewakili umno dalam pilihanraya Umum yang ke 13 akan datang. Ini bukti jelas umno menggunakan segala peluang dan ruang yang ada untuk meraih sokongan politik walaupun melalui institusi pendidikan.

Seorang bapa yang enggan di kenali menjelaskan bahawa beliau di jemput oleh pihak Sekolah untuk bermesyuarat berkaitan kemajuan dan pembelajaran anak-anak dan tidak menyangka rupanya ia menjadi agenda politik pihak tertentu untuk menyebarkan pengaruh.

“ Saya benar-benar terkilan dengan pihak penganjur yang seakan membiarkan perkara ini berlaku. Jika di Sekolahpun kita asyik berpolitik apakah kita ada masa untuk membincangkan kemajuan pelajaran anak-anak? Lagipun Dato’ Hassan sekarang bukanlah seorang Yang Berhormat atau wakil kerajaan” ujarnya.” Jika selama ini umno menempelak pelajar yang cenderung kepada pembangkang sekarang umno bukan sahaja menggunakan kesempatan ke atas pelajaran anak-anak malah ibu-bapa mereka sekali” tambahnya lagi.

Yang DiPertua Pas Rompin , Ustaz Haji Shukri bin Haji Ahmad yang ditemui turut melahirkan kekesalan atas tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak ini. “ Ini adalah sesuatu yang tidak seharusnya berlaku. Sekolah ialah tempat pembelajaran anak-anak sementara PIBG adalah kelompok yang dipertanggungjawabkan untuk membentuk iklim yang sihat dan pemangkin kepada kemajuan pelajaran anak-anak dan jika ianya terpengaruh dengan agenda politik sempit nescaya akan berlaku kekeliruan fokus seterusnya menjejaskan usaha untuk melahirkan generasi cemerlang.” Katanya.

Beliau juga menyeru agar pihak Pejabat Pendidikan Daerah serta Kementerian Pendidikan mengambil tindakan serius terhadap perkara ini. “ Kami dari parti Pas tidak akan sesekali membenarkan masa depan anak-anak dipolitikkan oleh mereka yang berkepentingan apatah lagi oleh mereka yang sepatutnya menjadi pendorong kepada kemajuan anak-anak di Sekolah.Jika ingin berpolitik pergilah ke tempat yang sepatutnya dan bukan di sekolah. Saya menyeru kepada Menteri Pendidikan, Dato’ Muhyiddin Yassin agar mengambil tindakan dan berlaku adil dalam perkara ini agar tidak berulang lagi di mana-mana sekolah selepas ini.” Katanya lagi.

Mesyuarat agung tersebut turut dihadiri oleh puluhan ibu-bapa termasuk guru dari sekolah tersebut


Program Cakna Rakyat Pas Kawasan Rompin

Posted by pasrompin Saturday, February 20, 2010


Jom Karnival

14 februari jam 4.00 Petang

Rompin- Satu karnival Cakne Rakyat akan diadakan bermula jam 3 petang ini di Dataran Pas Cawangan keratong 4. Karnival anjuran Pas Kawasan dengan kerjasama Dewan Musilimat Kawasan ini bersempena lawatan Ahli Jawatankuasa Muslimat Pas Pusat ke Rompin hari ini.
Pelbagai acara telah dirancang untuk program selama dua hari dua malam ini. Antaranya termasuklah ceramah umum, Sukaneka, Pertunjukkan Tomoi dan silat, acara kanak-kanak ,Pemeriksaan kesihatan percuma, Pertandingan Motor cross dan sebagainya. Ruang niaga dan kelengkapan asas juga disediakan di tapak program.

Menurut Pengarah Program Ustaz Suhaimi Haji Ahmad , semua persediaan telah siap hasil daripada perancangan rapi selama beberapa minggu. Beliau meramalkan 3000 orang rakyat dari sekitar Rompin bakal menghadiri program ini.

Tinjauan penulis juga mendapati semakin ramai anggota masyarakat mula membanjiri tapak program seawal 11 pagi lagi. Kepada seluruh penduduk di sekitar Rompin anda bolehlah bersantai bersama keluarga ke tapak program sepanjang 14 dan 15 haribulan ini.

...dan sekarang jam 0415 petang Qari jemputan sedang mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran sebagai pembukaan rasmi kepada majlis ini.

Sedutan gambar program pada 14 dan 15 Feb 2010 yang dihadiri oleh Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat Ust.Nuridah Salleh.

Kredit untuk pemuda muadzam shah



Lagi gambar-gambar dan berita di link 1,link 2,link 3,link 4,link 5,link 6

Perutusan Presiden Pas sempena tahun baru cina

Posted by pasrompin Saturday, February 13, 2010

Bagi pihak Parti Islam SeMalaysia (PAS), saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan menyambut Perayaan Tahun Baru Cina kepada seluruh peringkat masyarakat Tionghua di Malaysia.

PAS percaya bahawa masyarakat Tionghua di Malaysia akan terus menerus mempunyai keazaman dan semangat baru ke arah melaksanakan perubahan bersama dalam negara kita ini. Perubahan ini tidak boleh berlaku tanpa persefahaman dan hubungan baik antara kaum-kaum yang ada dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

Kami percaya bahawa masyarakat Tionghua dalam negara kita mampu untuk memainkan peranan yang lebih aktif, terutamanya dalam aspek pembangunan ekonomi yang menjadi asas penting dalam struktur ekonomi negara.

PAS juga berkeyakinan bahawa asas untuk mewujudkan keharmonian yang lebih kukuh di Malaysia adalah semestinya berteraskan kepada keadilan sejagat terhadap semua kaum, terutamanya kepada kelompok masyarakat yang tertinggal akibat dari ketidakadilan yang berlaku sepanjang 50 tahun ini.

Pembentukan Dewan Himpunan Penyokong PAS juga turut menjadi bukti bahawa PAS ingin lebih memahami kehendak dan keperluan pelbagai rumpun masyarakat di Malaysia yang turut sama-sama menyumbang kepada pembentukan negara Malaysia yang lebih sejahtera. Semoga sifat bersefahaman dan saling menghormati ini akan terus diperkasakan.

Akhir kata, semoga tahun baru ini akan membawa kesejahteraan dan keamanan kepada semua, dan mudah-mudahan ia menjadi tahun yang baik, malah lebih baik dari yang terdahulu khasnya dari segi ekonomi dan politik buat negara kita yang tercinta dan seluruh dunia amnya.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,

Presiden PAS.

Gong xi fa chai

Posted by pasrompin Friday, February 12, 2010

Pada 9/2/2010,jam 10.30 pagi,dewan Pemuda Pas Kawasan Rompin telah mengagihkan buah limau kepada masyarakat tionghua di sekitar bandar Rompin.Turut serta di majlis itu saudara Mohd Fadli Ramli yang juga ajk pemuda Pas negeri Pahang.Beliau juga bekas calon Pas yang bertanding di DUN Tioman pada PRU 12 yang lalu.Setiausaha Pas Kawasan Rompin saudara Ramli Bin Awang Ahmat juga turut serta dan juga beberapa ajk pemuda Pas Kawasan Rompin,ajk Pas Kawasan Rompin serta muslimat.
Sambutan amat menggalakkan daripada kaum tionghua yang di temui di sekitar bandar Kuala Rompin.Sokongan yang secara terbuka menunjukkan tembok pemisah antara Pas dan kaum cina sudah tiada lagi.
Majlis berakhir sekitar jam 12.30 tengahari.

Ceramah Dato Tuan Ibrahim Tuan Man Di Rompin

Posted by pasrompin Friday, January 22, 2010

Rakaman video ceramah Dato Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS) di Kawasan Rompin,berkaitan isu-isu semasa.






" PART-1 "


" PART-2 "


" PART-3 "


" PART-4 "


" PART-5 "


" PART-6 "


" PART-7 "


" PART-8 "

Kerajaan BN Pahang Derhaka!

Posted by pasrompin Tuesday, January 19, 2010

Pahang selain memperolehi hasil pembalakan turut dikenali sebagai pengeluar padi, walaupun tidaklah sehebat negeri Kedah yang terkenal dengan jolokan jelapang padi. Di pahang, daerah Rompin pula adalah antara daerah pengeluar terbesar padi. Malahan, daerah Rompin termasuk dalam rancangan jelapang padi negeri yang diistiharkan kerajaan negeri.

Namun tidak ramai yang sedar bahawa para penanam padi di Rompin sekitar Kampung Pianggu, Setajam, Kurnia, Lantang dan Sarang Tiong adalah berasal dari Kedah yang berhijrah sekitar 1970-an bagi menyahut seruan kerajaan pusat dan negeri dalam penggalakan penanaman padi disamping skim pemulihan tanah terbiar. Hasilnya, kawasan yang dahulunya hutan belantara, diterokai menjadi sawah padi sejauh saujana mata memandang. Kerajaan negeri pula saban tahun menjanjikan pemberian geran hakmilik kepada para pesawah, tetapi ia umpama menunggu buah yang tidak gugur. Paling memeritkan, pesawah yang mengusahakan tanah ini sekian lama, tetapi Lesen Menduduki Sementara (TOL) tanah tersebut diberikan kepada orang lain yang tidak pernah mengusahakan tanah tersebut. Walaupun bukan Geran yang diberikan tetapi pemberian TOL kepada orang lain amat memberikan kesan kepada pesawah.

Hampir 200 pesawah mengalami masalah nama ditindih oleh pihak ketiga. Paling malangnya, TOL diberikan kepada pemimpin UMNO setempat dan Pengerusi JKKK. Ketiadaan TOL mengakibat pesawah tidak akan memperolehi subsidi padi dan baja, disamping berhadapan tindakan pengusiran pada bila-bila masa oleh kerajaan. Sudahlah mereka ini tidak dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan air bersih di sesetengah kampung di sini, masa depan anak cucu mereka tidak terjamin setelah mereka tiada lagi tanah untuk didiami di negeri asal mereka.

Tanggal 22 April 2009 seolah-olah tarikh keramat kepada penduduk di sini, apabila KDYMM SultanHaji Ahmad Shah mencemar duli menyerahkan bantuan kepada mangsa ribut di sini, dimanfaatkan sepenuhnya para pesawah untuk menyuarakan masalah yang dideritai mereka selama ini iaitu isu hakmilik ini. Amat menggembirakan apabila Tuanku berkenan agar isu Geran ini diselesaikan dan Geran diberikan dalam masa 2 bulan dari hari tersebut. Perkara ini dipersetujui dan pihak Kerajaan negeri melalui Pegawai Daerah dan Ahli Parlimen Rompin. Tuanku juga memaklumkan bahawa baginda akan datang pada bulan September 2009 untuk menyerahkan Geran Hakmilik.

Namun hingga ke hari ini, bukan sahaja geran tidak diperolehi, malah tiada langsung khabar berita sama ada ia diproses ataupun tindakan ukur tanah dibuat. Hari ini 12/1/2010, para pesawah nekad untuk bangkit menuntut hak mereka. Mereka melantik saya sebagai peguam bagi memudahkan urusan. Tindakan pertama mereka adalah mengadakan perhimpunan aman di Kampung Setajam berjaya mengumpul hampir 500 orang pesawah.

Tindakan ini adalah langkah pertama. Sekiranya tiada sebarang tindakan, para pesawah akan menghantar memorandum kepada Menteri Besar Pahang dan Ahli Parlimen Rompin. Namun sekiranya terus berdegil, mereka akan mengorak langkah memohon pertemuan dengan KDYMM Sultan Pahang sebagi payung kerajaan Pahang. Para pesawah tidak akan teragak-agak membawa perkara ini ke Mahkamah sekiranya Kerajaan Pahang terus angkuh dengan para pesawah ini.

Saya tidak nafikan bahawa para pesawah bukanlah penduduk asal Pahang. Tetapi mereka tetap rakyat Malaysia dan bukan menceroboh kawasan tanah milik penduduk tetapi datang kerana "jemputan" kerajaan negeri dan dasar kerajaan Pusat. Namun ia bukanlah lesen untuk menafikan hak mereka untuk mendiami tanah di negeri ini. Mereka punyai merit. Mereka hanya mahukan beberapa ekar setiap pesawah untuk memilik tanah sebagai tanda penghargaan usaha mereka. Kenapa kerajaan boleh bertoleransi dalam pemberian tanah ratusan ekar kepada tokeh-tokeh besar termasuk bukit kepada tokeh besar cina sedangkan rakyat Bumiputera merempat di bumi sendiri.

Cuma satu harapan saya pada seluruh rakyat Malaysia, saksikanlah betapa biadapnya kerajaan BN Pahang walaupun diarahkan KDYMM Tuanku Sultan Pahang untuk menyerahkan Geran kepada pesawah namun masih degil berbuat demikian. Sudahlah "bapa" pesawah ini bertugas sebagi Duta di Amerika, pesawah yang sentiasa mengundi BN ini terus terabai. Inilah namanya KERAJAAN DERHAKA! -sumber dari blog Peguam Kita

Video Ceramah Oleh Mazlan Aliman

Posted by pasrompin

Saksikan rakaman video ceramah isu semasa terutama berkaitan isu felda,oleh pengerusi persatuan "Anak" sdr Mazlan Aliman pada 18/1/2010 di felda keratong 5.




" PART-1 "


" PART-2 "


" PART-3 "


" PART-4 "


" PART-5 "


" PART-6 "


" PART-7 "

Kenyataan rasmi Pas tentang penggunaan nama Allah.

Posted by pasrompin Tuesday, January 5, 2010

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad :

PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.-4/1/2010 sumber Harakah

PILIHAN RAYA DAN PARTI POLITIK DI MALAYSIA

Posted by pasrompin Thursday, December 31, 2009


Kebanyakan umum tidak menyedari bahawa pilihan raya yang pertama telah diadakan pada tahun 1952 yang dinamakan Pilihan Raya Municipal Kuala Lumpur yang menyaksikan pertembungan antara UMNO-MCA (Perikatan) dengan Parti Kemerdekaan Malaya atau IMP yang dipimpin oleh Dato’ Onn bin Jaafar. Keputusan pilihan raya yang dijalankan itu menyaksikan Parti Perikatan pimpinan Tuanku Abdul Rahman memenangi 9 kerusi, IMP 2 kerusi dan Bebas 1 kerusi. Pada ketika itu PAS hanyalah merupakan sebuah pertubuhan atau persatuan sahaja dan hanya mula menyertai pilihan raya pada tahun 1955 hingga sekarang.
Era baru dalam sejarah Tanah Melayu bermula pada tahun 1955 apabila tarikh 1 Jun 1955 merupakan hari penamaan calon bagi merebut sebanyak 52 kerusi yang dipertandingkan mewakili Parlimen di seluruh Malaysia. Selepas itu pilihan raya umum Dewan Rakyat diadakan setiap empat atau lima tahun sekali bermula dari tahun 1955 di Semenanjung Malaysia dan 1969 bagi negeri Sabah dan Serawak. Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pilihan raya diadakan bermula pada tahun 1974 dan Wilayah Persekutuan Labuan 1986 diikuti oleh Wilayah Persekutuan Putrajaya pula pada tahun 2004

Sementara itu pertandingan memilih wakil ke Dewan-Dewan Undangan Negeri (DUN) di Semenanjung serentak dengan Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat bermula pada tahun 1959 begitu juga dengan negeri Serawak 1969 tetapi bagi negeri Sabah pilihan raya umum DUN diadakan lebih awal daripada peringkat Dewan Rakyat iaitu pada tahun 1967. Sementara bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya tidak diwujudkan di peringkat DUN

KEANGGOTAAN DEWAN RAKYAT DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

Bilangan kerusi Dewan Rakyat adalah ditetapkan oleh Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan manakala bilangan kerusi DUN ditetapkan oleh peruntukan yang berkaitan di dalam perlembagaan negeri berkenaan.

Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 kerusi Dewan Rakyat dan DUN telah bertambah berikutan dengan urusan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya. Pada tahun 1958 apabila urusan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang pertama dijalankan kerusi Dewan Rakyat adalah berjumlah 104 manakala kerusi DUN pula berjumlah 282. Jumlah kerusi Dewan Rakyat dan DUN ini bertambah apabila Sabah dan Serawak menyertai Malaysia dan urusan persempadanan semula untuk kedua-dua negeri itu dilakukan pada tahun 1966 untuk negeri Sabah dan pada tahun 1968 untuk Negeri Serawak. Berikutan itu jumlah kerusi Dewan Rakyat telah bertambah menjadi 144 kerusi dan DUN menjadi 362 dan seterusnya kajian semula persempadanan pilihan raya adalah seperti mana yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 Fasal 2.

Parti politik yang pernah menyertai pilihan raya di Malaysia ialah UMNO, MCA, MIC, PAS, Keadilan, FS/PSRM/PRM, Parti Progresif Rakyat, Parti Negara, Parti Malaya, Parti Tindakan Rakyat, Parti Demokratik Bersatu, DAP, Gerakan, USNO, SCA, Snap, SUPP, Pusaka/PBB, Pekemas, Sapo, Semangat 46, PBDS, SAPP, LDP, UPKO, NASMA dan beberapa parti bebas yang sentiasa menyertai pilihan raya dengan cara mereka tersendiri. Hampir semua parti ini pernah memenangi kerusi di peringkat Parlimen sejak pilihan raya pertama sehingga kini. Sepanjang 11 kali pilihan raya umum peringkat parlimen DAP adalah merupakan parti pembangkang yang paling banyak sekali memenangi jumlah kerusi iaitu sebanyak 122 kerusi walaupun hanya menyertai pilihan raya bermula pada tahun 1969. Ini diikuti oleh PAS sebanyak 87 kerusi (tidak termasuk jumlah yang dimenangi pada pilihan raya kali yang kelima pada tahun 1974 kerana bergabung dengan Barisan Nasional).

LAKARAN SUKA DUKA PAS DALAM PILIHAN RAYA

1. Pilihan Raya Pra-Merdeka

PAS menyertai pilihan raya pertama dengan bertanding 11 kerusi dan menang satu di Kerian Perak melalui calonnya PAS Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin.

2. Pilihan Raya Pasca Merdeka

Pada pilihan raya pertama selepas merdeka pada 19 Ogos 1959 di peringkat Parlimen PAS menang 13 kerusi (9/10 Di Kelantan dan 4/6 di Terengganu) sementara pada 20-27 Mei 1959 pilihan raya di peringkat negeri, dari 104 kerusi yang dipertandingkan PAS menang 28/30 di Kelantan dan menubuhkan kerajaan dan di Terengganu PAS juga membentuk kerajaan dengan kemenangan 13/24 DUN. Namun kerajaan PAS hanya bertahan 3 tahun 8 bulan di Terengganu sebelum jatuh melalui undi tidak percaya selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS menyertai UMNO. Sementara itu di negeri Perak PAS hanya menang 1 DUN.

Pada PRU 1964 Kerajaan PAS di Kelantan dapat dipertahankan dengan kemenangan 21/30 tetapi di Terengganu PAS gagal mengembalikan kemenangan dengan hanya menguasai 3 daripada 24 kerusi. PAS juga gagal di Perak apabila kerusi yang dimenangi pada 1959 dirampas oleh Perikatan. Di peringkat Parlimen pula PAS menang 8/10 di Kelantan dan 1/6 di Terengganu

PRU berikutnya pada 10 Mei 1969 sekali PAS berjaya mengekalkan Kerajaan PAS di Kelantan dengan memenangi 19/30 kerusi dan di Terengganu penambahan kerusi daripada 3 kepada 11/24. Di Kedah Perikatan telah dikejutkan dengan kemenangan PAS bagi kali pertama merebut lapan daripada 24 DUN, manakala di Perak berjaya memenangi semula satu kerusi daripada 40 yang dipertandingkan. PAS juga mengekalkan kemenangan 1/12 di DUN Perlis. Di peringkat Parlimen PAS menang 6/10 kerusi di Kelantan, 2/6 di Terengganu serta kali pertama di Kedah 3/12 dan 1/20 kerusi Parlimen di Perak.

Pasca Peristiwa 13 Mei 1969 telah merubah sejarah politik negara apabila pada tahun 1971 PAS bekerjasama dengan UMNO, Perikatan dibubarkan dan diganti dengan Barisan Nasional (BN). Pada pilihan raya berikutnya PAS atas tiket BN menang semua kerusi dan mengetuai kerajaan BN di Kelantan dengan kemenangan 20 kerusi PAS, 15 UMNO dan 1 MCA dan di peringkat Parlimen 7 kerusi PAS , 5 UMNO.

3. PAS vs Barisan Nasional

Penyertaan PAS dalam BN telah mengubah iklim politik dalaman PAS. UMNO yang sentiasa berusaha mengatasi pengaruh menyebabkan PAS terpaksa disingkir keluar kerajaan dan tidak menjadi komponen BN.

PAS kemudiannya menghadapi krisis dalaman dan UMNO berjaya menggugat kerajaan PAS Kelantan melalui MAGERAN pada 8 November, 1977. Pilihan Raya Umum 1978, PAS hanya menang 2/36 DUN, di Kedah PAS menang 7/26 DUN serta Pulau Pinang 1/26 DUN. Peringkat Parlimen Kelantan hanya 2/10 kerusi dan 1/9 di kerusi di Pulau Pinang.
Pilihan Raya Umum 1982 PAS menang 10/32 DUN di Kelantan, menang 5/28 DUN di Terengganu, menang 2/26 DUN di Kedah serta 1/12 DUN di Perlis. Peringkat Parlimen 4/12 di Kelantan dan 1/13 di Kedah.

Pilihan Raya Umum 1986, PAS menang 10/39 DUN di Kelantan, 2/32 DUN Terengganu, menang 3/28 DUN di Kedah dan 1/12 DUN di Perlis, di Parlimen hanya 1/13 kerusi parlimen negeri Kelantan iaitu di Pangkalan Chepa yang diwakili oleh Allahyarham Hj. Nik Abdullah Arshad.

Pada Pilihan Raya Umum 1990 PAS dapat memerintah Kelantan hasil kerjasama dengan Semangat 46 di mana PAS menang semua 24 kerusi, Semangat 46 mendapat 13 kerusi, Berjasa dan Hamim masing-masing 1 kerusi dan BN kalah semua 39 DUN. Di peringkat parlimen PAS menang kesemua 6 kerusi dan 7 kerusi di raih oleh Semangat 46. Di Terengganu PAS menang 1 kerusi Parlimen dan satu oleh Semangat 46 dan di DUN Terengganu PAS hanya menang 3/32. Sementara itu di Kedah kemerosotan PAS amat ketara kerana hanya memenangi 1 DUN sahaja.
Pilihan Raya Umum 1995, PAS berjaya mempertahankan kemenangan di Kelantan dengan memenangi 24 kerusi, 12 kerusi oleh Semangat 46 dan BN berjaya merampas 7 kerusi DUN dari 41 yang dipertandingkan. Peringkat Parlimen PAS menang 6 kerusi sementara Semangat 46 menang 6 dari 8 kerusi yang bertanding, iaitu kalah di Peringat dan Jeli. Di Terengganu PAS masih mengekalkan satu kemenangan di Parlimen Marang.

Pilihan Raya Umum 1999 merupakan lonjakan pengaruh PAS di seluruh negara ekoran perpecahan UMNO apabila Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden UMNO. PAS Kelantan meningkatkan kemenangan kepada 41/43 DUN. Pilihan raya kali ini PAS bekerjasama melalui Barisan Alternatif (BA) iaitu melibatkan DAP, Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan PRM. Di Kelantan Keadilan tidak bertanding di DUN dan hanya bertanding 3 Parlimen dengan memenangi kesemuanya sementara PAS bertanding 11 Parlimen tetapi tewas 1 iaitu di Gua Musang.

Kejayaan pilihan raya atas nama BA juga membolehkan PAS memerintah Terengganu apabila memenangi 28/32 kerusi DUN dan kesemua 8 Parlimen yang mana Parlimen Kemaman di wakili oleh Keadilan. Bagi negeri-negeri lain kerjasama BA telah berjaya memenangi 8 DUN di Pahang ( 6 PAS, 1 DAP, 1 Keadilan ), di Selangor 6 DUN (4 PAS, 1 DAP, 1 Keadilan), di Kedah 12 DUN PAS dan 8 Parlimen PAS, di Perak 4 DUN (2 PAS, 1 DAP, 1 Keadilan) serta 3 Parlimen ( 2 PAS, 1 DAP ), di Pulau Pinang 2 DUN (1 PAS, 1 DAP) dan satu Parlimen,di Perlis 4 DUN PAS.
Pada Pilihan Raya Umum 2004 BA hanya disertai oleh dua Parti Politik iaitu PAS dan Keadilan kerana DAP telah menarik diri dari BA. Pertukaran kepimpinan BN dari Dr Mahathir kepada Abdulah Ahmad Badawi mewujudkan senario baru iaitu pengundi ingin melihat perubahan selepas era Dr Mahathir. Suasana ini meninggalkan kesan kepada BA dengan jatuhnya kerajaan PAS Terengganu yang hanya memenangi 4/32 DUN, di Kelantan 23/21 dan memenangi 6 kerusi Parlimen, di Pulau Pinang hanya memenangi 1 DUN. Di Perlis juga 1 DUN, di Kedah 5/36 dan peringkat Parlimen hanya 1/15. Namun PAS mencatat sejarah baru apabila kali pertama memenangi 1 DUN di Johor di DUN Senggarang yang di wakili oleh Dr. Ramli bin Mat Kari yang menang tanpa bertanding. Bagi negeri-negeri lain yang pernah meraih kemenangan pada pilihan raya 1999 kecundang untuk mendapat sebarang kerusi sama ada PAS atau pun Parti Keadilan Rakyat.

Sunami politik telah melanda Malaysia dalam pilihan raya umum ke 12, Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, PKR dan DAP telah berjaya memerintah 5 negeri, mengekalkan Kelantan, membentuk kerajaan di Kedah, Selangor, Perak dan Pulau Pinang disamping itu menafikan majoreti 2/3 di Dewan Rakyat yang tidak pernah berlaku dalam sejarah sejak 11 kali pilihan raya umum diadakan. Gabungan Pakatan Rakyat memenangi 82 kerusi Dewan Rakyat daripada 222 yang di pertandingkan 11/15 di Kedah, 12/14 di Kelantan, 1/8 di Terangganu, 11/13 di Pulau Pinang, 11/24 di Perak, 2/14 di Pahang, 10/11 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 3/8 di Negeri Sembilan, 1/6 di Melaka, 1/26 di Johor, 1/25 di Sabah dan 1/31 di Serawak
Sementara itu sebanyak 197 kerusi Dewan Undangan Negeri menjadi milik Pakatan Rakyat daripada 505 yang dipertandingkan dengan pecahan PAS 84, DAP 73, PKR 40. Suasana ini memperlihatkan bahawa Pakatan Rakyat berjaya menghantar wakil kedalam semua Dewan Undangan Negeri sepertimana pecahan berikut, 2/15 di Perlis, 22/36 di Kedah, 39/45 di Kelantan, 8/32 di Terengganu, 29/40 di Pulau Pinang, 31/59 di Perak, 4/42 di Pahang, 36/56 di Selangor, 15/36 di Negeri Sembilan, 5/28 di Melaka, 6/56 di Johor, 1/60 di Sabah.
4. Kerjasama Politik dengan Parti-Parti Lain. Bil. Tahun Catatan Catatan3. 1955 Sebelum Merdeka Bersendirian4. 1959 Bersendirian5. 1964 Bersendirian6. 1969 Bersendirian7. 1974 Bermula Krisis Dalaman Dalam BN8. 1978 Dalam Krisis Bersendirian9. 1982 Dalam Krisis Bersendirian10. 1986 Kepimpinan Ulama Bersendirian11. 1990 Era Angkatan Bersama S4612. 1995 Era Angkatan Bersama S4613. 1999 Lembaran Baru BA Bersama BA14. 2004 Era BA Bersama BA15. 2008 Era Pakatan Rakyat PAS, PKR, DAP

PENDEKATAN PILIHAN RAYA PAS

Matlamat perjuangan PAS adalah cukup jelas iaitu menegakkan sebuah pemerintahan yang terlaksana dalamnya hukum-hukum Allah SWT. Bagi mencapai tujuan PAS memilih saluran pilihan raya selaras dengan pendekatan saluran kebanyakan Gerakan Islam di dunia ketika ini.
Dalam sistem pilihan raya kemenangan atau kekalahan adalah ditentukan oleh para pengundi. Oleh itu menjadi tanggungjawab setiap ahli PAS sama ada ia seorang ulama, pemuda atau Muslimat untuk bekerja dan berjihad menambahkan bilangan pengundi PAS dan mengurangkan undi parti lawan sehingga ke tahap PAS boleh mencapai kemenangan dalam pilihan raya.

1. PENDEKATAN PILIHAN RAYA

Dalam usaha memenangi pilihan raya pendekatan dan strategi dijalankan adalah dengan memilih sikap terbuka dan sederhana tanpa menjejaskan matlamat perjuangan. Contohnya :

a) Dalam Pilihan Raya Umum 1986 – persefahaman dengan Chinese Consultative Council
(CCC) membuka lembaran baru dakwah kepada orang bukan Islam terutamanya kaum
Tionghoa.

b) Dalam Pilihan Raya Umum 1990 dan 1995 - melalui kerjasama dengan parti-parti yang
didukung oleh orang-orang Islam seperti Semangat 46, BERJASA, HAMIM lahirlah
ANGKATAN PERPADUAN UMAH yang membawa kepada pembentukan kerajaan yang
dipimpin oleh PAS di Kelantan.

c) Dalam Pilihan Raya Umum 1999 dan 2008 – melalui kerjasama dengan PRM, Keadilan dan
DAP yang dinamakan Barisan Alternatif berjaya menerobos dominasi BN di negeri-negeri
Semenanjung dan PAS membentuk kerajaan di Terengganu.

d) Dalam Pilihan Raya Umum ke 13 - melalui kerjasama PAS, PKR dan DAP atas nama Pakatan
Rakyat.

Pendekatan-pendekatan tersebut telah berjaya mengikis imej PAS yang dilabelkan oleh UMNO sebagai sebuah parti perkauman, berfahaman sempit dan ekstrem. Pendekatan ini memberikan imej yang positif kepada PAS terutama di kalangan masyarakat bukan Islam. Melalui sikap yang terbuka dan sederhana PAS dapat terjun ke tengah-tengah masyarakat, membimbing masyarakat untuk akhirnya mengambil ahli kepimpinan masyarakat daripada UMNO.

Sumber http://mtdluit.blogspot.com/

IKLAN

Photobucket
Pengedar air delima Iran di perlukan.Sila hubungi 0139773800 untuk urusan.

SUMBANGAN ANDA


BANK ISLAM 06-064-01-000126-8

Pas Rompin mengalu-alukan sumbangan saudara/i sekalian,semuga Allah yang membalas di atas sumbangan saudara/i.

Video Pilihan

Forum Mengeratkan Ukhwah


ShoutMix chat widget

Pas Untuk Semua

Artikel Popular

Hantar Artikel Anda


Your Name
Your Email Address
Subject
Message
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Links terpilih (kredit kepada tko webmaster)
REFORMASI
Tranung Kite
Laman M@rhean
Detikdaily
Buletin Online
klpost.com
Jiwo Kelete
Bukit Besi OnLine
Pemuda Wilayah
Jasin Daily
Pemuda BukitKatil
Kedahlenie..!!
no2 umn0
Utara Online
Siasahdaily
Pahang daily
Sabahdaily
PORTAL
Kampus Negara
Pemuda Seremban
Mahasiswa Kini
ar-Romli
DarulBayan
I Luv Islam
Terjah
Statesman
Buletin Purnama
Sabah Kita
Politic Today
Rakan Usrah
Kelate Kito
Tranung Lening
Perak Bersatu
ANALISIS ISU/BERITA
Tarmizi Mohd Jam
Kopitiam Bang Nan
Pink Turtle
Ahli Parlimen PAS
A.M.K.NS.
Perisik Rakyat
Rozmal Malakan
Republik kata
Go Malaysia
Zul Mamak
Bicara Pria Malaysia
BLOGGER
Roslan SMS Corner
Amin Iskandar @ Black
...penarik beca
A L- H U S S E Y N
Amdang 81
Ketua Perusuh
Tun Telanai
Faisal Tehrani
Ibnu Hasyim
Merah Tinta
Ibrahim Baba
Fudzail
Cucu Mat Kilau
Anak Bapa
Cikgu Nuri’s Online
Drs Idham Lim
Attakiri
Abu Ayysah
Suhaimi Taib
Redhuan D. Oon
Jed Yoong
Aktivis Nora
Dr. Hj. Hamirdin
Malaysia Waves
Sofi Wahab
Telahan Politik
Aduka Taruna
Blues Whereha
Nik Abdul Nik Aziz
Suhaizan Kayat
jahilGoBlog
Edyesdotcom
Bulan Penuh 2012
Lagenda Buta
Orang Klawang
Tok Pijat
Zahid Yusof
Taranama
Boneka, Penyu & SPR
Dr. Lo Lo
Jamaludin Md Isa
Helang Jagat
Meli Kapak Jangak
Hishamuddin Rais
Che Kamala
Rusli Islam
Ahmad Fadhil
Eddie Putra
Amirulreza
Rosli Salem
Tempe Goreng
Sokong PR
Janggut
Wan Nordin Yaacob
Betul Ka?
Lanh14
Polis Pencen
Kalam Perantau
Tok Pepijat
LAWAN ARUS
Tun Dr Mahathir
UMNO-Reform
Kadir Jasin
Sang Kelembai
Arah Kita
Rockys Bru
Screenshots
Mahaguru58
Kuda Kepang
Kickdefella
Jawatankuasa Ad-Hoc
Kuda Ranggi
Putera Maya
TAK AKTIF
Kelantankini
Ukhwah.com
Seberan
Adnan Ibrahim Al-Binjari
Media Islam
Ekonomi Islam
KopiCyber
Jangan Beli
N25 Bukit Selambau
Akan dikeluarkan...
AKHBAR
Harakah Daily
Suara KeAdilan
Malaysiakini.com
Agenda Daily
Malaysia Today
Bernama
Utusan Melaysia
Berita Harian
Harian Metro
Berita RTM
The Star
The Star Melayu
Malaysia Insider
Sinar Harian
Kosmo
Siasah
Wasilah Online
MalayaDaily
Newskini
WEBBLOG POLITIK
Apa Ada Pada Nama
Mai Bincang-bincang
Pemuda Insaf
Al Banjari
Kamarudin Sidek
Desa Kerayong
Peghelih La...
Lord Azaab
Ilham Najmi
nakmarah...marahlah!
Barisan Untuk Rakyat
ASAM lambunau
Hashim Habeed
Ilmuan
Cenangau
Minta 5 Minit
Tawan Pekan
Tak Gedebe
Penawar Rindu
Beras Terpilih
Kuda Trojan
Seri Iskandar
Warta Nasional
Kembara Salik
PakNgah 70
Jendela Hikmah
Pemuda PAS Sura
Hasbullah Pit
syifa arjuna
..harapan tidak buta
In Deep tots
Forum Maya Intelek Muda
Selangor Today
Wartawan Rasmi LR
Hikayat Putera Batu
Alahai-Apa-Ni
Lot 250
Pengembara Jalanan
Anak Bapak
An Nasru
Harapan Baru
Ustaz Muktar
Mejoh
Silembiks
Talkjanz.com
Anak Kecil Main Api
FadhilNor & Rakan
Dr Speaker
Pancak Bicara
Rencana Rakyat
Tukul Besi
Bumi Perak
Anak Reformasi
DPP Gombak
sya~reformis
Mengejar Cahaya
Hanafiah Ahmad
Sidang Online
Gelombang Hijau
Zon Bukit Beruntung
ApSeReNaPeTe
Budu2U
WEBBLOG CP
Bukan Kerana Nama
Mohd Nasir
Tau Takpe
Kerabu Bersuara
Harapan Malaysia
Berfikir Dengan Waras
Barisan Rakyat
Demi Membela Islam
Skuad Batu Caves
Al Brangi
Beras Melaka
al-Futhuhat
al-Kerohi
Markaz Ehsan
WEBBLOG UMUM
Fikir2 Renung2
Jiwa Kita Merdeka
Ikan Pekasam..
Hembusan
Rampai Seri
Kereta Mayat
Syakur Ibrahim
Zulzaidi
Bangkit Dgn Sebuah Cita
SetiapKejadiahBerhikmah
Fi Thorikillah
Harisfadila.com
Unpublished Notes
Kami Perihatin
HalimIslam
Maliki Xp Blog
Sosialis Kanan
Ikatan Ilmu
Runtuh Kebatilan
Peduli Rakyat
Malaysia Tanah Air Ku
bawean termenung
Topeng Sakti
Ibnu Mustafa
Abu Bahsyir Al Muqry
Gaya Peneroka
Ustaz Amin
Cili Merah
Hati Sufi
Blog Rantau
Sekondakhati
Satu Pentafsiran
Pada Hemat Saya..
Hot Power
WEBBLOG B.I.
My Game
Juctice4all Kuantan
Pakatan Rakyat
729 NO ISA
Kata Tak Nak
Angin Perubahan
KakiBlog
Harism Ibrahim
Barking Magpie
FORUM @ e-GROUPS
Forum Gerak Reformasi
Guru Reformasi Online
Forum UMNO-Reform
Halaqah.Net
Shoutus Syabab
E-Minda Kita
IZ Forum Cak
Forum Al-Tawbah
PARTI POLITIK
Parti Islam Se-Malaysia
Pemuda Pas Pusat
Dewan Muslimat Pusat
Dewan Ulamak Pusat
PAS Kelantan
PAS Kedah
PAS Negeri Sembilan
PAS Penang
PAS Melaka
PAS Selangor
PAS Pahang
PAS Johor
PAS N. Sembilan
PAS Perak
PAS Kedah
PAS Sabah
DPP Kelantan
DPP Johor
DPP N9
DPP Sarawak
DPP Pahang
DPP Kedah
DPP Penang
DPP Perak
PAS Bukit Bendera
PAS Johor Bahru
Pas Jelebu
PAS Bangi
Pas Subang
Pas Batu
PAS Bakri
PAS Parit Buntar
DPPK Bagan Datoh
PAS Tanjung Malim
PAS Kuala Nerus
DPP Padang Serai
DPP Pasir Gudang
DPP Wangsa Maju
DPP Kuala Trg
DPP Sik
DPP Demit
DPP Kemaman
DPP Pengkalan Chepa
DPP Rompin
DPP Putrajaya
DPP Lumut
DPP Padang Besar
DPP Jerantut
DPP Muadzam Shah
DPP Besut
DPP Jempol
DPP Maran
DPP Gombak
DPP Pertaling Jaya Sel
DPP Serdang
DPP Kuala Langat
DPP Temerloh
DPP Lembah Pantai
DPP Ladang
MTD Guchil
MTD Peramu Jaya
MTD Tg Lumpur
MTD Pulau Tawar
MTPD Sura
PAS Mengkebang
PAS DUN Jeram
Dar At-Tarbiyyah
PP Sarawak
CP Bandar Bukit Mahkota
Pemuda PAS Rasa
Pemuda PAS Jln Yadi
PAS Caw. Shah Alam 2
Lajnah Pekerja
KeAdilan Rakyat
Angkatan Muda KeAdilan
Keadilan Johor
AMK P. Pinang
KeAdilan Sri Gading
Keadilan Batu
AMK Batu
AMK Serdang
AMK Permatang Pauh
Keadilan Bayan Baru
DAP
PERTUBUHAN/NGO
P.U.M.
Aliran
Suaram
Fomca
Muslim Consumer
Darul Izzah
Halal Jakim
Amal Malaysia
Jabatan Amal
Jabatan Amal 2
Unit Amal Pahang
PASTI Kelantan
Tunas Islam
Nisa W. Persekutuan
Nisa Negeri Sembilan
Nisa Pekan
Pasti Temerloh
Pasti Az-Zahra
BERSIH
Bersih N9
GERAK
Pemuda Bersamamu
Skuad Waja Terengganu
MAMPAT
GAMIS
Khidmat Meru
PIMPINAN
PIMPINAN PAS
Nasharudin Mat Isa
Husam Musa
Mustafa Ali
Mohamad Sabu
Dr. Mohd Hatta
Haji Mahfuz
Mahfuz Omar II
Khalid samad
Dr. Syed Azman
Ust. Ahmad Awang
Dr. Lo Lo
Dr. Zulkifly Ahmad
Iskandar Abdul Samad
Drs. Khalil Idham Lim
Ustaz Nasir Zakaria
Dr. Halimah Ali
Subky Latif
Herman Samsudeen
Adly Zahari
Azizi Abdullah
Aiman Athirah Al Jundi
Kembara Minda
PIMPINAN PKR
Anwar Ibrahim
Azmin Ali
Tian Chua
Zulkifli Noordin
CheguBard
YB Fuziah Salleh
YB Mohammad Fairus
Speak for Perak
PIMPINAN DAP
Lim Kit Siang
KM - Lim Guang Eng
MP @ ADUN
N17 Gombak Setia
P99 Ampang
N19 Bukit Antarabangsa
Hulu Langat
N18 Bukit Payung
MP Kapar
Adun Titi Serong
Adun Chempaka
YB Dr. Nik Mazian
Adun Bunut Payong

Semua YB Pakatan...
WEBSITE/LINK BARU..
PRK Manek Urai
Abu Nuha Corner
Albelurani
Ambuyat
Bayu Gunung
Abu Asy-Syaffaa\'
PAS Padang Besar
Dari Sungai Derhaka
Meniti Nur12
Al-Kundangi
DPP Kota Raja
N37 Batu Maung
...Tak Mengerti
Siakap Hijau
Farid Rashidi
Nedwah Pahang
mycurrentissue
Konsesi Dakwah
Ulamadaily
Muktamar PAS ke-55
Pria Malaya
Ahnafkhat-zuhud
Cakap Rakyat
BKRM
Budak2 Sukan
AUDIO & VIDEO
WebRTV PAS
Terengganu Kini
WTV8 Altenatif
TV PAS
TVceramah
MyKuliah.Com
Grapes Nasyid
Siput Online
Pesan Untuk Umat
Amal Makrof
Hoh..?
Keadilan TV
TKOdaily
Kelab Greenboc
WorldTV
TV Utara
Kuliah Mazhab Akidah
Debat parlimen
Video Politik
Media Rakyat
Kuliah.net
Thinking Of Life
Malayaku
You Ceramah
TV Pakatan Rakyat
Al-Muttaqin TV
BICARA AGAMA
Ust Nasrudin
Zaharuddin.Net
Ustaz Muda
Ilmu & Ulama
Mesra Rakyat
The Rise Of Islam
Al-Bakistani
Al-Ahkam
SaifulIslam.Com
Harun Yahya
Jarum Emas
Tasek Pauh
Shamatun
Surau 2Faber
Sapaan Makrifat
Selak
Anda Tanya Saya Jawab
Isu Semasa Islam
Warisan Nabawi
Sampaikan Satu Ayat
Darul Mujahidin
Dr. Mohd Asri
Kebenaran Dari Allah
Ummah Online
Santapan Minda Pejuang
Ustaz Azhar Idrus
Akidah Alul Haq
Raja Ahmad Mukhlis
LUAR NEGARA
Republika Online
Kompas Cyber Media
Al Jazeera (English)
Al-Sofwah.or.id
Khalifah.com
Kavkazcenter.com
Al Manhaj
Majalah Ummi
Pattani Darulsalam
DUNIA ISLAM
Satu Umat
Al Muslimin
Suara Anak Muda
UMUM/LAIN-LAIN
Zulkiply Harun
Quran Online
Quran Flash
Laman PendidikanMY
Portal Pendidikan
Laman Emjay
Lowyat Net
Health Tips
Aiman Ku
Pondok AnNur
Nusa Mahsuri
Grafik Photoshop
Pondok
Karyawan Perak
Karya Cipta
DuniaICT
Pasir Puteh
Al-ahnaf Khat
Dunia Rossem
JARINGAN
Jaringan A Athoullah
My Jalinan
Sabilillah
Skoodeng
Calon & Blognya
Link Pas Sana-sini
Sopo Sentral
Shidinar Net