Pas Rompin telah berjaya menganjurkan tamrin bermula 13 Nov dan berakhir pada 15 Nov.Program ini di anjurkan oleh Lajnah Tarbiyah Pas Kawasan Rompin dan pesertanya terdiri daripada pimpinan kawasan,dewan Pemuda,dewan Muslimat dan cawangan bertempat di Markas Pas cawangan Mentara Rompin.
Sebanyak empat kertas kerja telah dibentang semasa tamrin tersebut oleh Ust.Rahim Latif,Ust.Azlisyam,Ust.Karim Latif dan YDP Rompin sendiri iaitu Ust.Sukri Ahmad.Dengan berakhirnya tamrin tersebut,diharapkan dapat memberi input terkini,semangat dan ilmu kepada pimpinan pas Rompin untuk meneruskan perjuangan dan kerja-kerja parti selaras dengan kerja-kerja Jihad yang di tuntut oleh Allah dan Rasul.
0 Responses to Tamrin Pas Rompin