Rompin 18 Julai - Pas Kawasan Rompin telah dengan jayanya mengadakan hari Keluarga bagi seluruh ahli dan jawatankuasa Pas di sini. Program tahunan ini diadakan di D'Ru Ombak , lanjut , Kuala Rompin.
Penganjuran kali ini juga melibatkan pelajar-pelajar Pasti dari Zon Pantai Rompin yang mengadakan acara sukan di kalangan mereka. Selain Pasti Pas Kawasan juga turut mengadakan pelbagai pertandingan untuk para ibu-bapa dan remaja.Antaranya acara balingan kasih , Bola Tampar pantai , Bowling Nyiur dan sebagainya.
Yang Dipertua Pas Rompin , Ustaz Shukri Haji Ahmad menyifatkan penganjuran kali ini tidak kurang meriahnya berbanding dengan yang lepas-lepas. Menurutnya , keraian seumpama ini amat baik bagi memupuk semangat kekeluargaan , kerjasama dan muhibbah di kalangan ahli dan petugas parti. Beliau sendiri sempat menyertai beberapa acara yang dilaksanakan dalam suasana santai dan meriah ini antaranya Bowling Nyiur dan Bola Tampar Pantai.
Sementara itu Setiausaha Pas Rompin , Saudara Ramli Awang Ahmat pula menyifatkan kehadiran begitu ramai pada program ini membuktikan masyarakat memandang tinggi peranan yang dimainkan oleh Pas dalam politik negara." Penglibatan menyeluruh ahli masyarakat dalam pelbagai anjuran Pas kebelakangan ini seakan memberikan isyarat jelas kepada perubahan politik menjelang PRU ke 13 kan datang" katanya.
0 Responses to Hari Keluarga Pas Rompin